Shaklee & Catalyst Lover.. Happy Shopping Here..

pelik atau Gila???si Isteri berkahwin 2???

MasyaAllah....
terkejut vida's bace 1 artikel ni....
kalo u all bace pown msty t'kejut pnye la..
mane x nyer...slalu kite dgr suami kawen 2 kan...
haaa ni terbalik kod pulak....ISTERI KAWEN 2??
musykil btul la dgn org zaman skarang ni...
sebaek la kejadian kurang logik ni berlaku bkn kat ngare kite ni....
syukur Alhamdulillah....^_^

jom bace artikel ni same2

Lelaki beristeri lebih daripada seorang bukanlah sesuatu yang janggal, bagaimana pula kalau si isteri bersuami dua, sudah tentu bunyinya pelik.
Dan bagaimana pula kalau si isteri itu tadi berkongsi katil dengan kedua-dua suaminya itu? Itu bukan janggal, bukan pelik…tetapi itu GILA namanya!
Tetapi itulah yang terjadi di Ponorogo, Jawa Timur, Indonesia.
Kisahnya begini.
Umi Khasanah, berusia 44 tahun, mencari rezeki dengan mengumpul barang-barang lama dan telah pun berkahwin dengan suaminya, Saiful.
Kemudian hadir Hadi (47 tahun) dalam hidup mereka.
Hadi, seorang kakitangan pusat kesihatan sebelum itu telah diusir keluarganya kerana ditangkap berkhalwat dengan seorang gadis.
Hampir dua tahun lamanya Hadi tinggal menumpang di rumah suami isteri itu.
Bagaikan sebuah drama televisyen, Hadi tiba-tiba jatuh cinta dengan Umi Khasanah…dan cintanya bersahut!
Entah bagaimana, kedua-duanya berjaya dikahwinkan walaupun Umi Khasanah sudah pun bersuami.
Lebih menjelikkan, ketiga-tiga mereka berkongsi katil dan Saiful dikatakan selamba saja menyaksikan isterinya melakukan hubungan seks dengan ‘madunya’ itu.
Bagaimanapun kisah rumah tangga ‘pelik’ itu berjaya dihidu penduduk kampung yang kemudiannya melaporkan perkara itu kepada pasukan polis.
Akhirnya ketiga-tiga mereka telah ditangkap.

sumber dipetik dari mynewshub...

sebaek la kejadian kurang logik ni berlaku bkn kat ngare kite ni....
syukur Alhamdulillah....^_^
ape la nak jadik dgn dunia skarang ni....
aritu anak bercinta dgn ibu
skarang ni isteri kawin 2 siap tido bertiga skatil
lpas ni ape pulak???dunia ooooh dunia...



✆ BERMINAT? UNTUK PERTANYAAN/ORDER, SILA INBOX/KOMEN Jika anda berminat untuk menjadi ahli Shaklee Sila inbox utk keterangan lanjut NAMA :NURUL SHAIDAH BT MAIDIN (ID : 1075693) HP : 0122370408 (SMS/WHATSAPP only)

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...