KENAPA TUBUH KITA PERLUKAN SUPPLEMENT?
1) Melengkapkan dos vitamin yang diperlukan dalam seharian.
★Dalam sesetengah situasi, tubuh badan kita memerlukan dos vitamin yang lebih tinggi dari apa yang kita perolehi dari makanan yang diambil. Contohnya Vitamin E dan Vitamin C yang diperolehi dari makanan semata-mata tidak mencukupi untuk memberi pencegahan terhadap penyakit dan anti-penuaan.
2) Kebanyakan buahan dan sayuran telah disembur racun perosak.
★Buah-buahan dan sayur-sayuran yang ditanam kebanyakkannya telah disembur dengan racun perosak yang menjejaskan kualitinya. Buah dan sayuran juga ditanam ditanah yang tidak subur dan mengandungi bahan galian yang kurang berbanding buah dan sayur yang ditanam secara organik. Ini akan mempengaruhi kualiti dan zat yang ada didalam buah-buahan dan sayuran tersebut. Malah, terdapat juga buah dan sayur yang telah di 'wax' untuk memastikan ianya tahan lama!
3) Zat makanan mudah hilang.
★Zat dan vitamin yang terdapat didalam makanan mudah hilang semasa proses pengangkutan, penyimpanan dan penyediaan. Ini akan mengurangkan khasiat yang terdapat didalam makanan tersebut. Sebagai contoh, Vitamin C dan enzim mudah dimusnahkan oleh haba ketika proses memasak makanan berlaku.
4) Pengambilan ubat-ubatan menggangu penyerapan zat makanan
★Pengambilan pil penahan sakit, laksatif, ubat-ubatan, alkohol dan antibiotik mengganggu proses penyerapan zat makanan.
5) Makanan seharian yang tidak seimbang
★Dos vitamin yang diperlukan juga tidak mampu dicapai akibat pengambilan makanan yang tidak seimbang mengikut piramid makanan yang disarankan. Amalan diet yang tinggi lemak, kafien, gula dan garam menyebabkan simpanan zat didalam tubuh badan berkurangan.
6) Gaya hidup tidak sihat
★Keperluan nutrisi didalam tubuh juga tidak dapat dipenuhi akibat gaya hidup yang tidak sihat. Mereka yang berkerjaya lebih menggemari makanan segera akibat kesuntukan masa. Kebanyakan warga kota juga lebih gemar membeli makanan diluar rumah yang tidak diketahui kebersihan dan kualiti makanannya. Amalan merokok dan mengambil minuman beralkohol juga menyebabkan nutrisi didalam badan berkurangan.
7) Pencegahan dari awal
★Supplement yang diambil dapat membantu kita untuk mencegah beberapa penyakit kritikal. Ini penting sebagai langkah pertama menghindari penyakit merbahaya seperti sakit jantung, kanser, diabetis, arthritis dan sebagainya.
》》Pelbagai jenis penyakit di zaman moden ini adalah berpunca daripada tabiat pemakanan yang tidak seimbang dan gaya hidup yang kurang sihat.
♡Nabi s.a.w pernah bersabda yng bermaksud :“Perut itu rumah penyakit. Diet (pemakanan) itu ubat utama”. (Riwayat Sahih Muslim)Kita memerlukan 40 jenis zat untuk mengekalkan kesihatan yang sepatutnya didapati melalui makanan harian kita. Namun amat sukar bagi kita untuk mendapatkannnya disebabkan beberapa faktor.
Tweet
0 comments:
Post a Comment