Shaklee & Catalyst Lover.. Happy Shopping Here..

set Shaklee ketika hamil

Zat yang diperlukan ketika hamil 


ASID FOLIK

Asid folic dianggap sebagai makanan otak, ia diperlukan untuk pengeluaran tenaga dan pembentukan sel darah merah. Ia dapat menguatkan imuniti dengan membantu dalam pembentukan yang sesuai dan fungsi sel darah putih. Oleh kerana ia berfungsi sebagai ko enzim dalam sintesis DNA dan RNA, ia penting untuk pecahan dan penyalinan sel yang sihat. Zat ini boleh membantu dalam depresi dan kegelisahan. Asid folic sangat penting dalam kehamilan. Ia membantu mengatur pembentukan sel saraf embrio dan janin yang amat penting untuk tumbesaran yang normal. Asid folic sangat berkesan apabila digabungkan dengan vitamin B12 dan vitamin C. Pengambilan sebanyak 600 mg sehari amat digalakan untuk ibu hamil.

Asid folik menolong mencegah kecacatan tiub saraf seperti spina bifida. Spina bifida terjadi apabila pelindung yang menutupi korda spina bayi tidak menutup dengan sempurna. Ini boleh menyebabkan kerosakan saraf kekal. 

Pada 12 minggu yang pertama dalam kehamilan anda, otak dan sistem saraf bayi anda sedang membentuk dan berkembang pesat. Oleh sebab itu, adalah sangat penting untuk mengambil folik asid setiap hari pada masa itu. 

ASID LEMAK OMEGA

Omega 3 diketahui merangsang otak. Omega 3 dan DHA sangat diperlukan dalam pembentukan sistem saraf pusat janin. kajian menunjukan gangliosida berpengaruh pada struktur otak terutama fungsi belajar dan mengingat. Kajian menunjukan bayi yang menjalani ujian perkembangan mental mendapat skor yang tinggi apabila ibunya makan telur yang mengandungi banyak omega 3 semasa kehamilan.

PROTEIN

Ketika hamil, badan anda bekerja keras untuk membentuk sel-sel otak bayi. Jadi ia memerlukan tambahan protein. Ibu2 hamil memerlukan protein lebih banyak sewaktu hamil berbanding waktu lain dalam hidup anda. Hal ini penting untuk pertumbuhan jaringan pada janin. Ibu hamil memerlukan 75g protein iaitu lebih 25g berbanding biasa.

ZAT BESI

Zat besi memainkan peranan penting dalam pengangkutan oksigen daripada paru-paru ke tisu. Zat besi bergabung dengan oksigen dalam tisu-tisu yang memerlukan. Ia digunakan dalam pembuatan hemoglobin dan berperanan penting dalam fungsi normal imuniti. Sepanjang kehamilan, penggunaan zat besi akan bertambah 2 kali ganda untuk memenuhi keperluan ibu dan bayi. jika keperluannya tidak dapat dipenuhi, ibu akan cepat penat dan mudah mendapat jangkitan berpenyakit. Risiko melahirkan bayi tidak cukup bulan dan kurang berat turut berlaku. Keperluan zat besi ibu hamil ialah sekitar 27mg sehari.

KALSIUM

Kalsium adalah mineral yang terbanyak terdapat dalam badan kita iaitu lebih daripada 90% bahan keras dalam tulang dan gigi. Ia diperlukan untuk pembentukan dan bagi mengekalkan tulang yang kuat dan gigi yang sihat. Ia juga untuk pembekuan darah, penghantaran gerak balas saraf dan kontraksi otot. Peranan penting kalsium ialah mencegah penyakit osteoporosis. Sewaktu hamil janin akan mengambil sekitar 25mg - 30mg sehari daripada ibunya. Pengambilan tertinggi ialah pada trimester ketiga kehamilan. Jika bekalan kalsium tidak mencukupi, janin akan mengambil kalsium daripada tulang ibu. Sebab itu, ibu perlu memastikan yang pengambilan sumber kalsiumnya mencukupi untuk menampung keperluannya sekitar 1000mg.

✿Dapatkan SET KEHAMILAN SHAKLEE TRIMESTER 1, 2 & 3✿

=========================================
✆ BERMINAT? UNTUK PERTANYAAN/ORDER, SILA INBOX/KOMEN

Jika anda berminat untuk menjadi ahli Shaklee
Sila inbox utk keterangan lanjut

NAMA :NURUL SHAIDAH BT MAIDIN (ID : 1075693)
HP : 0122370408 (SMS/WHATSAPP only)

Cash on Delivery : masjid tanah melaka
=========================================

✉ boleh juga PM/inbox sy.. komen je pn boleh

✔ Dijamin HALAL
✔ Mendapat Kelulusan KKM
✔ Tiada Kesan Sampingan
✔ Terbukti Berkesan

✆ BERMINAT? UNTUK PERTANYAAN/ORDER, SILA INBOX/KOMEN Jika anda berminat untuk menjadi ahli Shaklee Sila inbox utk keterangan lanjut NAMA :NURUL SHAIDAH BT MAIDIN (ID : 1075693) HP : 0122370408 (SMS/WHATSAPP only)

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...